Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :-
“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.
Sesungguhnya sifat ikhlas akan memberikan kesegaran kepada jiwa, keikhlasan memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu. Sifat ikhlas itu perlu disemai sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tatkala hati dirundung sedih, hati akan tenang kerana keikhlasan dan keredhaan yang tersemai didalam diri. Ketika hati diterjah kegembiraan, ada kesyukuran meniti dibibirnya.
“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” -(Riwayat Abu Hasan Al Basri)
Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kala susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya. Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas “saya ikhlas”. Ikhlaskah kita sebenarnya??
Kerana ketidak ikhlasan dalam diri, jiwa akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam sememangnya dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT.
Oleh itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa. Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain. Harapkan belas ihsan dari Allah semata2. Nescaya lebih keberkatan didalamnya.
Jumaat, 23 April 2010
~ IkHlasKan HaTi ~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan