Sabtu, 20 September 2008

Ketenangan yang hakiki


Apabila seseorang itu benar - benar mencintai Allah S.W.T maka dengan sendirinyya Allah S.W.T memberi ketenangan di dalam jiwanya menghadapi segala dugaan dalam kehidupan.Dan untuk membolehkan kita merasai jiwa yang tenang di dalam apa jua keadaan sekalipun maka perlulah kita melalui liku - liku kehidupan orang - orang yang soleh kerana mereka juga berusaha setiap detik dan masa untuk mencari ketenangan jiwa.
Tanpa jiwa yang tenang segala kehidupan yang di lalui dan akan diharungi itu adalah suatu dugaan dan beban yang amat berat sehingga yang amat berat itu boleh menjadikan diri seseorang itu tidak siuman.

Ramadhan


Sedar tidak sedar, kita telah hampir menamatkan bulan Ramadhan, berbaki lagi 9 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 20 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri.