Jumaat, 20 Ogos 2010

Jangan anggap KITA LEBIH

Sehebat mana kita, atau sejauhmana cemerlang kita....janganlah kita selalu menganggap diri kita sentiasa LEBIH!!!!!!

Kita diciptakan oleh maha Pencipta iaitu Allah s.w.t di dunia ini adalah untuk saling bantu-membantu.kita ibarat seperti jari-jari tangan kita, ada yang panjang, ada yang pendek..ada yang kecil, ada yang besar. Setiap satu masing-masing mempunyai peranan untuk kita mengambil atau memegang makanan. Oleh itu jika hilang satu di antara jari kita, maka agak sukarlah kita mengambil makanan...begitulah ibaratnya kita masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri..bukan sentiasa lebih daripada orang lain.


Terdapat beberapa panduan yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh sementara berada di muka bumi Allah ini.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak , anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak ini belum melakukan dosa, sedangkan kita entah berapa banyak berdosa sesama manusia dan kepada Allah s.w.t.


2. Bila bertemu dengan orang yang lebih tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana mereka sudah lama beribadat dan sudah banyak pengetahuan dan pengalaman daripada kita.


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita. Ini kerana dia mempunyai banyak ilmu yang telah dipelajari dan diketahui daripada kita.


4. Bila melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita. Ini kerana dia membuat dosa dalam keadaan dia jahil. Sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.


5. Jika melihat orang yang jahat, janganlah anggap kita lebih mulia daripada dia. Ini kerana mungkin suatu hari nanti dia akan menyesal dan insaf serta bertaubat atas kesalahannya.

...dan yang terakhir


6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati kita bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Agama Islam. Maka segala dosanya akan diampunkan oleh Allah...sedangkan kita?







Jestru itu..sebagai peringatan kepoada diri saya dan kepada saudara semua...janganlah kita selalu menganggap KITA SELALU LEBIH...astagafirullah..hilazim