Jumaat, 4 Disember 2009

Hindari zina hati

Bila bercakap mengenai zina, suma boleh membayangkan firman Allah yg kira2 bermaksud...
"....dan janganlah kamu mendekati zina..."
sebenarnya ramai orang tersalah tafsir akan ayat nih....kalau kita lihat,ayat ini menghalang kita dari menghampri zina...tp skrg,byk yg pikir hanya jangan melakukan zina....sedang perkara2 yang menjurus ke arah perbuatan zina itu diabaikan...

kalau nk dikategorikan,zina ni banyak sebenarnya.....zina mata la yang paling famous skali...sbb senang nk buat...cuma tengok ja...siap ade yg kata,.."..mari tengok dan hayati keindahan ciptaaan Allah.."...astaghfirullah....byk lg jnis2 zina spt zina hati n sbg nya...

So jaga pandangan ni sangat penting...klau slalu wat zina mata nih,nanti akan menular jadi zina hati...syook sendiri mula bangkit...last2 rindu melanda...aduh..payahnya...nnt mula la makan terlebih kenyang,mandi terlebih basah n macam2 tak kena..

Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Rasulullah swt ada bersabda..."dikahwini seorang perempuan itu kerana kecantikannya,hartanya dan keturunannya,maka yang utama itu pilihlah agamanya..."


Bila kita selami hadis rasulullah ini,mmg byk betulnya...kerana kalau dilihatkan,3 sbb yang lain itu hanya sementara je...cantik...bila dah tua,kedut2 jgk kan...
kaya...tak semestinya akan kaya sampai mati...tp kalau dpat yang mantap agamanya,fuuhhh...insyAllah bahagia....disamping membantu kita dalam jalan dakwah ni,pelayaran bahtera hidup besama pun akan lancar....

Firman Allah yang bermaksud..
"...lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik"
so klau nk isteri solehah,kita kena soleh kan diri...pegang pada janji Allah...
insyAllah...

“Cintailah Yang Mencipta lebih daripada yang dicipta kerana Yang Mencipta itulah mencipta yang dicipta dan mencipta cinta untuk yang dicipta mencinta Yang Mencipta dan yang dicipta.”

renung2kan....