Sabtu, 8 November 2008

Fitrah Anak-anak Cenderung Mewarisi Peribadi Bapa


Assalamualaikum w.b.t

Allah berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Kahfi ayat 82:

al-kahfi-82.jpg

Maksudnya: “…dan di bawah (tembok) itu ada simpanan dari harta kekayaan kedua anak yatim itu, seorang bapa mereka dahulu adalah seorang yang soleh…”

Dan firman Allah dalam surah Maryam ayat 28:

maryam-28.jpg

Maksudnya: ” Wahai saudara perempuan Harun,bapamu dahulu bukanlah orang yang berakhlak

buruk......"

Mengapa bapa?

Disebutkan bapa pada sebahagian besar ayat-ayat Al-Quran yang membicarakan masalah ibu bapa yang harus memberikan tumpuan kepada perasaan yang terpendam dalam diri anak-anak. Allah menyatakan masalah ini dengan lebih menyebutkan bapa sehingga istilah ibubapa itu lebih cenderung bermaksud bapa.

Al-Quran menyebutkan bapa lebih menonjol daripada ibu dalam sebahagian besar ayat-ayat yang berkenaan keluarga bukan semata-mata mengikuti langgam bahasa Arab, tetapi kerana fitrah anak-anak itu cenderung membanggakan bapanya berbanding ibunya. Antara beberapa alasan yang logik di sini seperti:

a) Anak dilahirkan dengan benih daripada lelaki

b) Bapa lebih besar kewibawaannya daripada ibu.

c) Tanggungjawab bapa lebih besar dalam usaha memenuhi keperluan keluarganya.

d) Allah menetapkan lelaki adalah sebagai pemimpin dan pembimbing keluarga.

Jelaslah di sini peranan seorang lelaki itu besar, justeru mental anak-anak akan lebih dominan mengakui kehebatan dan kepentingan bapanya berbanding ibunya. Apabila bapa memberikan contoh yang baik, maka secara automatiknya anak akan lebih cenderung mengikutnya dan sekaligus membantu kepada pertumbuhan keperibadian anak yang positif. Namun apabila bapa tidak memberikan contoh yang baik kepada anak-anaknya, maka di situ akan terjadilah kekecewaan dan kehampaan anak itu terhadap bapanya lalu mengakibatkan gangguan kepada mental anak-anak tersebut. Apabila berlaku gangguan mental ini, anak-anak akan mencetuskan masalah seperti memberontak dengan melakukan perbuatan-perbuatan tertentu untuk menunjukkan tanda protesnya kepada ibu bapa. Di sini bapa haruslah memuhasabah diri dan membetulkan kembali kesilapannya untuk mengelakkan gangguan yang berterusan kepada mental anak-anak.


Tiada ulasan: