Ahad, 17 Ogos 2008

Takbur & Sombong Maksiat Hati...


Sesunggunya sombong,bongkak,angkuh dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu salah satu sifat2 mazmumah ( sifat tercela atau terkeji).Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya,w/pun cuma sedikit,namun ia menjadi penghalang daripada memasuki syurga.

Rasullah bersabda s.w.a bersabda yang bermaksud :

Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takbur atau sombong.Ini diperkuatkan lagi menerusi firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba - Ku,mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina - dina".( Al- Mukmin :60 ).

Imam Ghazali juga pernah berkata :

'' Orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur,ia marah dan benci,sedangkan kalau ia menegur orang lain,ditegurnya dengan keras dan kasar".

Tiada ulasan: