Jumaat, 7 Disember 2012
~ Kematian itu Pasti ~
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
~Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
~Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
~Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
~Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
~Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
~Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahua'lam..~
Jumaat, 27 Januari 2012
Sabtu, 29 Oktober 2011
9 ekor keturunan syaitan
Sabtu, 18 Jun 2011
Lindungi Hati, Pujuklah Hati
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Apabila berbicara soal hati pasti jari-jari tak henti-henti menekan papan kekunci. Kenapa ? Kerana soal hati itu luas ruangnya. Hati...ada yang riang gembira, ada yang sedih duka. Ada damai tenang, ada resah gelisah. Ada cinta rindu sayang, ada benci hampa kecewa. Juga ada yang halus lembut, ada yang kasar keras. Ada hati hidup dan hati mati. Begitu banyak sekali bukan ?
Hati sebenarnya kecil tetapi besar. Kecil pada saiznya namun besar peranannya. Hati itulah yang membentuk seorang insan yang bernama manusia sama ada indah mempesona atau buruk hodoh cuma.
Maka, hati perlu dijaga. Lindungi hati, pujuklah hati.
Tatkala hati melompat kegirangan jangan biar ia lalai kealpaan. Tatkala hati kedukaan jangan biar ia kesepian.
Ketika hati dilimpahi nikmat kesenangan, ajarlah ia untuk bersyukur. Ketika hati dihujani kesusahan, ajarlah ia untuk bersabar.
Apabila hati dalam kebahagian, ingatkan ia tidak berkekalan. Apabila hati dalam kesengsaraan, ingatkan ia tidak berpanjangan.
Jika hati ada rasa cinta, beri ia pada Yang Esa. Jika hati ada rasa benci, buanglah ia dari membelenggu diri.
Andai hati disulam kelembutan, hiasi ia dengan ketakwaan. Andai hati disalut kekerasan, sirami ia dengan air keinsafan.
Sewaktu hati hidup, pastikan ia subur dengan keimanan. Sewaktu hati mati, mungkin ia tiada guna lagi.
"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah qalbu." (hadis riwayat bukhari dan muslim)
Sabtu, 4 Jun 2011
Sentiasa ingatkan ALLAH
Hamba-Hamba ALLAH Sekalian,
Allah catitkan di dalam Al-Quran tentang manusia-manusia yang berasal dari air mani dan kemudian dibesarkan..akhirnya menjadi pengkhianat yang nyata. manusia-manusia begini dimurkai oleh Allah, tuhan orang muslim...oleh itu apakah kita yang Muslim ini, jika telah mengkhianati Allah, tidak terasa setinta takut kepadanya?
Allah ciptakan syurga, di dalamnya manusia bersenang lenang dan ditemani pasangan cantik- cantik, air sungai yang mengalir tenang, syurga yang amat indah terlebih indah sehingga tidak terfikirkan untuk orang-orang yang ikhlas menyerahkan dirinya dan takwa kepada Allah.
Dunia ini kata Muhammad, umpama setitis air dari selautan, dan selautan itu adalah
akhirat...bayangkanlah, jika yang setitis nih pon kita telah tergoda oleh cantik dan
indahnya..bagaimana pula yang selautan itu? dapatkah kita gambarkan?
Manusia-manusia yang menyerahkan diri pada agama Allah tidak akan rugi, kemenangan manusia di dunia ini adalah dalam agamanya...jadilah manusia yang hebat di dunia dan di akhirat!
Bacalah al-quran, dekatkan lah minda kepada hadis...teguhkan ukhuwah sesama Muslim..kita perlu kuat untuk menentang segala pengaruh yang melemahkan kita. bersederhanalah dalam berhibur...bersederhanalah memenuhkan jiwa
dengan keseronokan, kita kini dipermainkan musuh-musuh Allah. mari kita kuatkan diri kita, kuatkan masyarakat kita, kuatkan negara kita..dalam memperjuangkan agama..takbir!!
..dengan mengingati Allah...hati akan menjadi tenang..