Ahad, 3 April 2011

Binalah IMAN agar SEJAHTERA daripada DOSA

IMAN adalah satu nikmat Allah SWT yang bersifat serbaguna.kerana itulah ia menjadi anugerah Allah SWT yang terMAHAL buat insan yang dikasihiNya.Selain menjadi sebab terselamat daripada azab Allah SWT diakhirat,IMAN jaga menjadi benteng ampuh bagi seseorang muslim daripada terjebak melakukan dosa – dosa kapada Allah dan sesama manusia.

Tanpa IMAN,berbagai- bagai kerosakan dan kemusnahan akan berlaku dalam kehidupan manusia di dunia ini,lebih – lebih lagi di akhirat sana.Menyisihkan diri daripada suluhan IMAN dan HIDAYAH akan menjadikan kita terdedah kepada segala macam anasir KEJAHATAN dan DOSA.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a,katanya:

Sesungguhnya Rasullah SAW bersabda :

“ Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam KEIMANAN.Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam KEIMANAN iaitu yang sempurna.Begitu juga seorang peminum arak tidak akan minum arak jika ketika itu dia berada di dalam KEIMANAN.”( Riwayat Bukhari & Muslim – hadis Mutawatir ).

Perhatikan.Berzina,mencuri dan minum arak semuanya di dalam kategori dosa – dosa besar tajaan Iblis dan syaitan.

Tanpa benteng IMAN dan AKIDAH yang kuat,seseorang akan mudah dan terarah melakukan dosa – dosa besar khasnya tiga dosa besar utama diatas.Tanpa IMAN,seseorang itu akan tergamak melakukan larangan Allah SWT tanpa rasa takut dan segan silu lagi.

Seseorang yang berani melakukan dosa – dosa besar menunjukkan dadanya benar – benar dilanda KEMARAU IMAN.Mungkin ada saki baki keimanan di dalam jiwa.Namun kerana IMAN itu tersangat lemah dan merosot grafnya,maka ia tidak berdaya mendepani runtunan nafsu syahwatnya yang bertali arus.Ia akan cepat mengalah dan akhirnya tunduk hawa nafsunya yang sentiasa mengajak kepada kejahatan.Orang yang beriman,insyaallah tidak akan termakan bujukan syaitan yang yang sentiasa menyerunya melakukan larangan Allah SWT serta meninggalkan perintahNYA.

Orang yang beriman tidak akan terlibat di dalam gejala sosial yang boleh merosakkan maruah diri,keluarga dan agama.

Dengan kemuliaan dan barakah Imannya itu,ia terpelihara daripada perbuatan keji dan mungkar.

Justeru itu,marilah kita sama – sama berusaha dan bersungguh – sungguh memupuk dan membina IMAN di jiwa agar kita SEJAHTERA daripa dosa dan noda.IMAN kita wajib dimantapkan serta dikemaskini dari masa ke semasa ke arah yang lebih cemerlang.Ia penting kerana nafsu dan syaitan tidak pernah berehat daripada menjerat anak Adam ke arah perangkapnya.


Petikan dari bawa hatimu kepada Tuhan.