Ahad, 19 Disember 2010

Aku dan KEKASIHku

Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

Sabtu, 18 Disember 2010

Kasih sayang AYAH

Lakaran garisan diwajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri.

Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya,kerukunan institusi keluarga itu mungkin akan sedikit longgar.

Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.

Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa. Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu, adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya.

Mari kita tepuk dada sejenak, bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menjadi anak yang dapat membanggakan dia? Adakah kita pernah berusaha sedemikian rupa? Atau kita sekadar berusaha untuk kekasih hati kita yang bila-bila masa akan meninggalkan kita? Fikirkan!

Bagaimana kita hendak membalas jasanya,sedangkan diri sendiri masih di awangan? Permasalahan sosial ini bukan berpunca dari kita semua, tetapi hampir semua, yang dari setiap detik semakin membarah dari hari ke hari.

"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintah-Mu."

Isnin, 8 November 2010

RENUNGAN SEJENAK

Renungilah...

"Perhatikanlah kejujuran,dan apabila kamu memandang bahawa kebinasaan berada di dalam kejujuran, maka sebenarnya di dalamnyalah keselamatan.."

"Jgn melihat apa yg telah kamu usahakan, sebaliknya lihatlah apa yg belum kamu selesaikan.."

"Kekadang, Dia memberi sebelum kita sempat menadah tangan untuk meminta, kerana Dia sangat mengerti keperluan hambaNya"

"Kekadang..Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia,kerana hendak mengukur tahap keimanan kita kepadaNya; Pabila permintaan hamba tidak diperkenankanNya,bukan bermakna Dia tuli dan tidak mendengar rintihan hambaNya; Ada hamba yg dikasihi dibiar terlantar kesakitan...dibiar susah dan miskin, kerana cara itulah Dia mentarbiah hambaNya; Diberikan ujian utk mendekatkan si hamba kepadaNya, dan melebarkan jalan buat si hamba dalam kembara menuju Syurga nan Abadi..."

PesaNan Imam Al Ghazali


Assalamualaikum warahmatullah... sahabat-sahabat sekalian. Berikut adalah enam pesanan ringkas yang ditinggalkan oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta'ala anhu. Beliau berpesan agar kita dapat menghindari sifat-sifat mazmumah terutama apabila berhadapan dengan manusia lainnya. Semoga pesanan ini menjadi muhasabah diri yang berkesan terutamanya dalam mendidik hati kita semua.. InsyaAllah.

Pesan Imam Al-Ghazali

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkn kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Rabu, 29 September 2010

Rahsia SolaT

1) Niat Sembahyang -: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul -: Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3) Takbiratul Ihram -: Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4) Fatihah -: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5) Rukuk -: Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6) Iktidal -: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7) Sujud -: Memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim

Duduk Antara Dua Sujud (awal) -: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-: Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar.

10) Tahiyat Akhir -: Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir didalam kubur.

11) Selawat Nabi -: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12) Salam -: Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib -: Akan pertemuan kita dengan Allah.

Dari Abdullah bin ‘Amr r. a., Rasulullah s. a. w. bersabda, Sampaikanlah pesanku , biarpun hanya satu ayat…”





Kaya HaTi






Orang yang kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa. Manusia sibuk mencari kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kurang-berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki. Tidak adal agi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati.


Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya. Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya. Kaya atau miskin tidak menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji atau dikeji, dimuliakan atau dihina, sama sahaja baginya. Dia tidak merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya.


Orang yang kaya hati, imannya kuat. Keyakinannya kental. Akhirat adalah matlamatnya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya,. Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa cukup dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja. Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan Tuhan. Kalau dunia dan harta adadi tangan, dia susah hati kerana ini bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang perlu dipikul.


Dia takut kalau tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan. Kalau harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya. Harta dan dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan. Dia tenang dengan ujian dan kesusahan. Dia tidak digugat oleh hal-hal dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat melalaikannya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya.


Orang yang kaya hati tidak merasa “inferiority complex” atau hina diri dengan orang kaya atau raja, orang cerdik pandai, orang yang berkuasa dan sebagainya. Dia memandang semua manusia semuanya setaraf sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan bukan dengan ukuran dunia.


Orang yang kaya hati, kalau mereka kaya harta, ramai orang boleh menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasakan kekayaan itu miliknya dan oleh itu mudah baginya membelanjakannya. Fakir miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi, dan orang yang berhutang diselesaikan hutangnya. Dia menjadi ‘bank’ kepada masyarakat.


Benarlah bahawa kaya dan miskin itu istilah semata-mata yang berbeza maksudnya mengikut orang yang menuturkannya. Ada orang merasakan bahawa kaya itu mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu tidak mempunyai apa-apa. Ada pula yang faham bahawa kaya itu tidak mahu dan tidak memerlukan apa-apa dan miskin itu bermakna memerlukan kepada sesuatu. Allah itu disebut Maha Kaya. Ini bermakna Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun. Allah Maha Kaya dari memerlukan sesuatu.


Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak terpikat dan tidak mahukan kekayaan dunia ini, maka kayalah dia walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan memerlukan.

Mazmummah yang menghilangkan bahagia



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tidak tenang.

2. Pendendam

Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama atau didermakan) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga lagipun orang tamak selalu rugi. Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar – andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.(oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila menghadapi hadapi dugaan.

7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak – terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berpura-pura didepan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu dihati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lain. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.