Ahad, 21 September 2008

BIODATA IBLIS




Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.
Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

Sabtu, 20 September 2008

Ketenangan yang hakiki


Apabila seseorang itu benar - benar mencintai Allah S.W.T maka dengan sendirinyya Allah S.W.T memberi ketenangan di dalam jiwanya menghadapi segala dugaan dalam kehidupan.Dan untuk membolehkan kita merasai jiwa yang tenang di dalam apa jua keadaan sekalipun maka perlulah kita melalui liku - liku kehidupan orang - orang yang soleh kerana mereka juga berusaha setiap detik dan masa untuk mencari ketenangan jiwa.
Tanpa jiwa yang tenang segala kehidupan yang di lalui dan akan diharungi itu adalah suatu dugaan dan beban yang amat berat sehingga yang amat berat itu boleh menjadikan diri seseorang itu tidak siuman.

Ramadhan


Sedar tidak sedar, kita telah hampir menamatkan bulan Ramadhan, berbaki lagi 9 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 20 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri.

Rabu, 17 September 2008

4 Perkara Sebelum Tidur




Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim mereda'i kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah selawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan mereda'i
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W



Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

Ø Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

Ø Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

Ø Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

Ø Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

Ø Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

Ø Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

Ø Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.


Ø Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

Ø Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

Ø Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

Ø Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusanagamanya.

Ø Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Khamis, 21 Ogos 2008

Aku,kau berbeza...Aku,kau Istimewa

LELAKI,

lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apb baligh.Manakala,gadis bujang dtnggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,isteri,anak prm blm brkhwin dan dosa anak llaki yag blm baligh.

BERATKAN????......
Hukum mnjlaskn anak llaki kna brtnggungjwb k atas ibunya dan skiranya ia tdk mnjlnkn tnggungjwbnya,maka brdosa bginya teutma anak lelaki yg tua,mnkala prm tidak,prm hnya prlu taat kpd suaminya.Istri brbuat baik phla dpt kpdnya klu buat tdk baik dosa d tngung oleh suami.

BERATKAN????......
Suami kna bagi nafkah kpd isteri,ini wajib tp isteri tidak.W/pun bg2 istweri boleh mmbntu.Haram bgi suami brtnya pndptn isteri lbih2 lgi mngunakn pndptn isteri tnpa izinnya.

WANITA,
Auratnya susah d jga brbndng llaki.
Perlu mmnta izin suaminya apbila kua rumah ttapi tdk sbliknya.Saksinya kurang brbnding llaki.
Mnerima pusaka kurang drpd llaki.
Prlu mnghdapi ksushan mngndung dan mlahirkan anak.
Wajib taat kpd suaminya ttp suami tdk prlu taan pd isteri.
Talak trletak d tngn suami bkn isteri.
Wanita kurang dlm bribadat krn mslh haid dan nifas yg tiada pd llaki.

DIakhirat kelak seorh llaki akan dprtngungjwbkn trhdp 4 wanita:
1.Ibunya
2.Isterinya
3.Anak prmpuannya.
4.Saudara prmpuannya.

Mnkala seorg wanita pula tnggung jwp trhdpnya ditanggung oleh 4 org llaki ini :
1.Suami
2.Ayah
3.Anak llaki
4.Saudara llaki

Seorg wanita boleh mmasuku pn2 syurga dari mana 2 pn2 yang d sukainya.Cukup dgn 4 syrat shja:
1.Solat 5 wk2
2.Puasa d bln rmdn
3.Mntaati suami
4.Mnjaga k hrmatannya

Seorg llaki perlu berjihat fisabillah ttapi wanita jika taat akan suaminya serta mnunaikn tnggungjwbnya kpd Allah SWT akan turut mnerima phala sprti phala org brprang fisabillah tnpa mngngkt snjata.

Masya-Allah! sygnya Allah pd wanita...
Seorg wanita adalah plengkap dan smemangnya istimewa disisi org llaki,ttapi ingatlah whi llaki....kamu sbnarnya adlh istimewa d sisi Allah,maka dgn sbb itu Dia mngkat kamu mnjadi PEMIMPIN.Dgn kistimewaan itu,JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik - baiknya supaya kelak masing2 llaki dan wanita dpt pulang mnghadap Allah SWT dlm keadaan istimewa d sisi-Nya.

Ahad, 17 Ogos 2008

Takbur & Sombong Maksiat Hati...


Sesunggunya sombong,bongkak,angkuh dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu salah satu sifat2 mazmumah ( sifat tercela atau terkeji).Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya,w/pun cuma sedikit,namun ia menjadi penghalang daripada memasuki syurga.

Rasullah bersabda s.w.a bersabda yang bermaksud :

Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takbur atau sombong.Ini diperkuatkan lagi menerusi firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba - Ku,mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina - dina".( Al- Mukmin :60 ).

Imam Ghazali juga pernah berkata :

'' Orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur,ia marah dan benci,sedangkan kalau ia menegur orang lain,ditegurnya dengan keras dan kasar".