Sabtu, 5 Disember 2009

Luahan hati suami dapat kawin lagi

Sekadar mem'forward'....hehehehe Memang kena baca...dalam lawak, ada kebenarannya..

Alhamdullillah ade jugak makhluk Allah yang berfikiran macam nie...Amin...

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih-sengih aje lah I at that time. 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.

Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak naklah. Sebab apa? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah. Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam manacara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I sukakalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dahtahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macammana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan handbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95. Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu.

Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersamai bunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak-anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.

Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I... lagi haru... Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak ke anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ..... Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lainpun terlambat atau terlepas.Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payahlah yang lain lain.

Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon.. ye ke? Sedangkan kalau bercakap kadangkala meningking dan bahasa yang kasar.Kalau ikut Nabi, bercakap hendaklah dengan bahasa yang lemah lembut tidak kira dengan sesiapa apatah lagi dengan isterinya atau anak - anaknya.Kerana itu adalah amanah yang paling berharga dari Allah s.w.t. untuk dirinya.Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah.

Cubalah menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.


Wallahualam.
suami orang-LU PIKIR LA SENDIRI!!


Jumaat, 4 Disember 2009

Hindari zina hati

Bila bercakap mengenai zina, suma boleh membayangkan firman Allah yg kira2 bermaksud...
"....dan janganlah kamu mendekati zina..."
sebenarnya ramai orang tersalah tafsir akan ayat nih....kalau kita lihat,ayat ini menghalang kita dari menghampri zina...tp skrg,byk yg pikir hanya jangan melakukan zina....sedang perkara2 yang menjurus ke arah perbuatan zina itu diabaikan...

kalau nk dikategorikan,zina ni banyak sebenarnya.....zina mata la yang paling famous skali...sbb senang nk buat...cuma tengok ja...siap ade yg kata,.."..mari tengok dan hayati keindahan ciptaaan Allah.."...astaghfirullah....byk lg jnis2 zina spt zina hati n sbg nya...

So jaga pandangan ni sangat penting...klau slalu wat zina mata nih,nanti akan menular jadi zina hati...syook sendiri mula bangkit...last2 rindu melanda...aduh..payahnya...nnt mula la makan terlebih kenyang,mandi terlebih basah n macam2 tak kena..

Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Rasulullah swt ada bersabda..."dikahwini seorang perempuan itu kerana kecantikannya,hartanya dan keturunannya,maka yang utama itu pilihlah agamanya..."


Bila kita selami hadis rasulullah ini,mmg byk betulnya...kerana kalau dilihatkan,3 sbb yang lain itu hanya sementara je...cantik...bila dah tua,kedut2 jgk kan...
kaya...tak semestinya akan kaya sampai mati...tp kalau dpat yang mantap agamanya,fuuhhh...insyAllah bahagia....disamping membantu kita dalam jalan dakwah ni,pelayaran bahtera hidup besama pun akan lancar....

Firman Allah yang bermaksud..
"...lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik"
so klau nk isteri solehah,kita kena soleh kan diri...pegang pada janji Allah...
insyAllah...

“Cintailah Yang Mencipta lebih daripada yang dicipta kerana Yang Mencipta itulah mencipta yang dicipta dan mencipta cinta untuk yang dicipta mencinta Yang Mencipta dan yang dicipta.”

renung2kan....

Khamis, 19 November 2009

Pesan Rasulullah


Nabi bila pesan kepada wanita; agar taat dan menghormati hak-hak suami.
Nabi bila pesan pada lelaki; agar berbuat baik dan berlemah-lembut dengan isteri.
Lelaki dijadikan kuat; agar ditaati dan dhormati.
Wanita dijadikan lembut dan lemah; agar dikasihi dan diperlaku baik.
Anak dilahirkan tanpa tahu apa-apa; agar dididik kedua ibubapanya.
Anak dilahirkan lemah dan kecil; agar dikasihi dan dibelai.

Sebahagian orang diluaskan rezeki, agar menafkahkan sebahagian harta kepada yang miskin.
Dunia dijadikan sempit agar manusia selalu ingin keluar darinya.
Mati dijadikan dekat agar manusia sentiasa ingatkannya.

Nafkah zahir hak Isteri

Ada sesetengah suami, dapat isteri yang bekerja or bergaji lebih, lupa or buat-buat lupa menunaikan hak isteri. Yelah, isteri dah berduit sendiri, pada dia tak perlu diberi duit. Salah tu.... Perlu diingatkan walaupun isteri bekerja, suami tetap wajib beri nafkah pada isteri, walau cuma RM50 sebulan (untuk kegunaan isteri, bukan untuk beli barang dapur, ya...). Isteri berhak menuntutnya nafkah zahir ini, dan jika suami ingkar, isteri boleh mengadu atau buat laporan... (bukan utk bercerai, ya.... tapi mengadu yang suami gagal beri nafkah pada isteri).

Suami juga tiada hak atas duit isteri. Jika dia menggunakan duit isteri tanpa izinnya (atau tanpa rela), HARAM hukumnya. Kalau masa berbelanja barangan dapur atau keperluan lain, jika suami ckp "guna duit awak dululah, nanti abang ganti.".... suami WAJIB ganti sebab itu dah jatuh hutang, unless si isteri menghalalkan. Jangan pandang remeh soal nafkah, kerana ia melibatkan dosa pahala.

Hidup suami isteri kena ada give & take... Tapi saya perhati kebanyakkan kepincangan rumahtangga berpunca dari soal nafkah zahir & batin. Kenalah ingat, jika isteri gunakan duitnya untuk perbelanjaan keluarga, isteri itu dapat pahala sedekah, tapi tidaklah bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir TETAP tanggungjawab suami.

Sesungguhnya tanggungjawab suami amat berat. Jika suami gagal menunaikan nafkah dan jika terdetik di dalam hati yang saya tidak redha dengan apa yang berlaku, automatically dah jatuh berdosa. Sebagai isteri yg diizinkan bekerja, saya bantulah apa yang patut untuk meringankan beban suami.

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri ini berdasarkan perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

Ayat itu menjelaskan suami wajib menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri secukupnya, berdasarkan kemampuan tanpa lokek atau berlebih-lebihan. Jika suami tidak menjalankan tanggungjawabnya atau nafkah yang diberi tidak mencukupi sedangkan dia mampu maka isteri boleh mengambil daripada harta suami dengan cara yang makruf walaupun dia tidak mengetahuinya.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan mengadu kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah kepadaku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya. Baginda menjawab: Ambillah apa yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf.”

Pemberian nafkah boleh dilakukan dengan cara suami menyediakan segala yang diperlukan isteri dan anaknya atau suami memberikan wang kepada isteri untuk membeli keperluannya. Jika suami sudah sediakan nafkah wajib ke atasnya, wang tidak perlu diberikan lagi.

Ahad, 11 Oktober 2009

Khasiat Ayat Al-Quran

1) Surah Al Waaqiah / Ayat 19 :
Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakit
Surah Al Waaqiah: Baca setiap malam sebelum tidur.
Fadhilatnya: Tidak merasa kepapaan atau kehinaan; kaya jiwa bukan harta.
2) Surah Al Baqarah / Ayat 156 :
Baca dalam musibah bukan sahaja kematian
Surah Al-Baqarah baca selama 3 malam, syaitan tak masuk rumah selama 3 malam.
3) Surah Ibrahim / Ayat 40 :
Baca untuk diri dan keturunan supaya rajin solat. Amalkan setiap selepas waktu Asar
4) Surah At-Talâq / Ayat 2-3
Ayat Seribu Dinar : Barangsiapa bertaqwa, Allah akan tolong dalam kesusahan dengan rezeki yang bertambah.
5) Surah Al-Hadid / Ayat 3 :
Baca sebelum tidur, untuk kukuh iman
6) Surah Ta'Ha. / Ayat 25 - 27
Doa untuk masuk periksa, majlis ceramah ,temuduga elok ajar anak.
7) Surah Al-Mulk / Ayat 14 & 15
Doa untuk jauhkan seksa kubur
Untuk Sakit, baca & gosok tempat sakit.
Untuk Mohon murah rezeki
8) Surah Al Qadr
Doa untuk yang lemah jadi kuat,miskin jadi kaya, yang hina dihormati orang. 3X selepas subuh & maghrib
9) Surah Al-Anbiyâ’ / Ayat 83 :
Doa Nabi Ayob – ketika sakit selama 18 tahun
10) Surah Al Ahqaf / Ayat 15 :
Doa untuk diri dan ibubapa serta zuriat supaya tetap dalam iman
11) Surah Al-Furqân/ Ayat 74
Doa untuk rumah bahagia, dibaca setiap lepas waktu solat (5 X sehari).
12) Surah Al-Imran / Ayat 200
Doa untuk jadi orang sabar, selepas habis ayat, sebut Allah Ya-sabur, Ya-sabur, berulang kali.
13) Surah Ash-Sharh
Dibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika susah hati. Kesenangan untuk masuk periksa, hati tenang. 40X selepas solat fardhu.

Jumaat, 18 September 2009

Kad raya dari iza buat semua....

Salam lebaran di aidilfitri buat semua......rakan - rakan blog dan mereka 2yang mengenali diri ini.Terima kasih diatas kesudian singgah ke teratak buruk iza yang tidak seberapa ini.
Semoga lebaran kali ini memberi seribu kerahmatan buat kite semua....Aminnnn.....

Kad Raya dari kak zanie.

Terima kasih diatas kesudian akak mengirimkan kad ucapan ini.

Bocah - bocah mareng Singapuro
Dicaplok karo iwak patin
Lutupan kalo sing okeh - okeh dingapuro
Jalok maaf lahir batin........

SELAMAT HARI LEBARAN MINAL AIDIL WALFAIZIN.........

Dari iza sekeluarga...