Sabtu, 9 Mei 2009

YAKINLAH PADA ALLAH...




Allah menguji setiap manusia dengan apa yang manusia itu boleh pikul…

Allah bagi kita semua ujian dan dugaan… Sama ada ringan atau berat bukan menjadi persoalan…

Tapi Allah yakin pada kita,hambaNya yang kita boleh lalui dan hadapi dgn penuh rasa keinsafan dan ketaqwaan terhadapNya semata….

Allah takkan menguji kita dengan sesuatu yg Dia tau kite tak boleh nak lalui…

Allah lebih memahami kite… Dia lebih mengerti dan kenal akan diri kita..

Mungkin sahaja kini kita mencari erti hidup…Atau mungkin dalam proses utk mncari identiti diri….

Namun Allah telah kenal kita dr azali lg kerna Dialah yang menciptakan kita…

Kerna itu Allah yakin pada kita utk melalui setiap ujian Nya…

Jadi kenapa kita sendiri merasakan dugaan itu teramat payah? dan mengatakan kita tak boleh melakukan dan melaluinya?

Sedangkan…Allah yakin dengan kita..yakin yang kita boleh melalui ujianNya..

Aku ulangi… Allah YAKIN dengan kita…tapi kita yang sering tak yakin pada diri kita dlm melalui ujian dan taqdirNya…

Redha dan sabarlah….dengan setiap dugaan yg mendatang..

Ya…

Ianya payah ianya sukar ianya pahit….

Tapi jika Pencipta kita sendiri yakin yang kite boleh melaluinya tanpa hilang aqidah…kenapa kite merasa tak yakin pd diri kite? dan terus hanyut dlm dunia tanpa bicara?

Allah menyayangi kita… sgt sayang pd kita…

Aku nak kite bersama2 muhasabah diri...

kita bersama tabah dlm ujian yg kita hadapi ini…

tak kisah lah apa sahaja…

walaupun dugaan antara kita semua berlainan…

Tapi niatnya tetap satu…iaitu.. aku redha dugaan yg Allah beri ini hanya kerana Allah semata2…

ingt lah wahai teman…

dunia ni sementara cuma…

gembira..happy…ketawa dan senyuman tu biarlah kekal hingga akhirat..

jangan disini kita tersenyum bahagia…di akhirat menangis derita….

Semakin dewasa aku dlm meniti kehidupan ini..semakin terbuka luas minda aku…

Alhamdulillah kini..aku redha sepenuhnya padaMu ya Rabb…

Kekdg aku neh…tgh nangis ke tension ke tp Alhamdulillah aku mampu kawal emosi aku dgn baik di hadapan org mahupun teman2 di sini..hehehe… tu kire menukar emosi dlm sekelip mata la…

Aku mendapat ilham…setelah aku sekali lagi menghayati perjalanan hidup Nabi Muhammad…

Kehidupan Nabi jauh lebih payah drpd kehidupan aku..jauh lebih sedih..jauh lebih derita….

Kisah dan dugaan mungkin hampir sama..namun kisah nabi seribu kali lebih hebat dr kisah kite semue ni….

Dan tengoklah cara kite mendapat dugaan dgn cara Nabi Muhammad dapat dugaan… sangat berlainan…

Nabi Muhammad adalah contoh yg amat bagus dan terbaik yg telah Allah berikan kpd kite…

Kerana Nabi Muhammad melalui jln penuh berliku bermula Beliau berada di rahim ibunya hinggalah wafatnya Baginda S.A.W.

renung2kanlah…




CORETAN UNTUK ADAM


Didoakan semoga kalian beroleh selamat dibawah lindungan payung rahmat Allah SWT Amin.......

Adam, Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang russukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam, Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manuia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak seelaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu. Adam, Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam, Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..... mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Mengapakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam..... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam.... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.



Isnin, 27 April 2009

HARAPAN WANITA ACUAN AL-QURAN



Suami idamanku adalah seorang suami yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah swt
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu Agama
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tak pernah takut untuk berkata benar
Yang tak pernah gentar untuk melawan hawa nafsu
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang ke jalan Allah
Yang sentiasa menunggu seruan jihad fisabilillah
.
Suami idamanku adalah suami yang menjaga tutur-katanya
Yang bijaksana apabila memberi nasihat dan teguran
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta yang dicarinya
Yang yang sentiasa bersembunyi bila berbuat kebajikan
Yang sentiasa bersifat penyayang kepada isteri dan anak-anaknya
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Yang sanggup mengorbankan harta dan jiwanya demi agama Allah
.
Suami idamanku adalah suami yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangganya
Yang akan mendidik anak isterinya mendalami Islam Minnallah
Yang mengamalkan hidup dengan penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya merupakan rumah sementara menuju akhirat
.
Suami idamanku sentiasa bersedia menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah saw
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya
.
Suami idamanku tidak pernah membazirkan masanya
Yang matanya kepenatan kerana banyak membaca
Yang suaranya kelesuan kerana kuat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
.
Suami idamanku sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Demi meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
.
Suami idamanku adalah suami syurgawi
Yang tidak terpesona dengan buaian duniawi
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa seluruh keluarganya bersama
Dialah suami idamanku
.
(Dipetik dari kitab Imam Al-Ghazali : Qasidah Siti Zubaidah - seorang Wali Allah)

Jumaat, 10 April 2009

Manusia,Malaikat dan syaitan




Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan
solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk
ini... awal lagi nie?. zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan
Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!
mmm.. sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang
menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung,
nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti
terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh? awal lagi? mmm.. aaahh? suruh si
X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan
kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal
lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu,
sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau
tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain
orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini
kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah
sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar,
buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah
kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh
bertaubat... lagipun muda hanya sekali.... rugila.
.. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah
ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari
jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang
tahu... Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi
nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan
RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan
di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan
mimpilah!) untukmu...

Selasa, 17 Mac 2009

DUKA ITU…MENDEKATKAN AKU PADAMU


Terkadang hati ini rasa terusik tika mengingati dugaan dan ujian Allah dalam berkomunikasi dengan manusia di kota ilmu ini. Kerap kali aku merasainya. Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas kehadiran rasa itu. Rasa itu menghampirkan aku kepada-Nya. Hari ini, dalam kesibukan mengemas kamar beraduku yang seperti kapal pecah oleh buku-buku yang bergelimpangan saat aku mencuri masa untuk menyibuk diri menyiapkan tugasan tesisku semalam. Tiba-tiba ingatan melayang kepada beberapa peristiwa yang bagaikan kain kapal layar, terbentang segala lakonan benar samada yang dilalui sendiri atau didengar melalui orang lain. Cerita-cerita yang tidak mampu untuk dibenarkan dengan kata-kata. Aku tiada upaya. Aku manusia biasa yang sekadar maju untuk mencari ilmu, belajar dan belajar. Aku biarkan sahaja masa berlalu membentangkan kebenaran. Aku yakin. Allah Yang Maha Adil pasti menampakkan kebenaran itu. Alhamdulillah……seringkali Allah tunjukKan jalan-Nya.

Aduuhhh…sakitnya tiba-tiba datang. Sakit itu dihatiku. Sangat dalam. Terhiris. Bagaimana mahu menahan rasa tajam itu. Sentuhannya betul-betul tajam. Setajam sembilu yang membedah jantungku sehingga mati gerak denyutannya. Setiap kali ingatan itu mendatang, sakit itu mengundang…Cepat-cepat aku bersujud pasrah ke hadrah Kekasihku yang tidak pernah hampa memberi ketenangan buatku. Ku pejamkan mataku…..dalam-dalam, sekuat hatiku….kugenggam kukuh tanganku …saat itu hati ku dipenuhi doa dan bacaan kalamNya….aku merasai hampirnya IA mencurahkan sejuknya jiwa, melembutkan getar sengsara. Allah…Allah..Allah…hatiku berbicara sendu, mengharap sakit itu berkurang sambil berdoa mohon keampunan jika itu balasan segala dosa yang wajar mendapat tempatnya tika tidak menyedari ada tingkah yang tersasar.

Tentu sahaja saat indah mendekati diri dengan Kekasih Yang Maha Penyayang menjadikan airmataku gugur dengan rela. Aku pasrah. Aku berserah. Aku meredhainya.M eredhai diri dalam tribulasi yang melanda. Jua meredhai diri dalam lingkungan cinta dan sayang-Nya, penuh yakin dan percaya segenap hatiku. Kukuh. Utuh. Dalam getaran menahan sebak dan sakit di dataran hatiku, bibirku berulang kali menyebut bait-bait kalimah indah surah al-Fajr : ayat 27 hingga 30 dari kalam-Nya yang mulia :

“Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang; tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu); Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia. Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu.”

Tuhanku….Kau tidak pernah menghampakan rasa gundahku, sayu hatiku, gusar jiwaku. Alhamdulillah. Tenang itu datang dengan senang. Wajahku kembali tenang. Sujudku begitu panjang dalam tiap kali pertemuan dengan-Mu. Ku merasai kebahagiaan dan seperti diundang menghampiri rahmat dan kasih sayang-Mu. Allah…setiap kali hadirnya perasaan begitu…aku menerima undangan-Mu yang membahagiakan. Allah…Allah…Ya Allah….tiada Tuhan yang di sembah melainkan Engkau. Senyumanku menyusur segenap ruang dunia kecilku, menyinar segala ruang hatiku. Benarlah….dunia ini untuk aku menerima ujian kasih sayangnya. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Aku mengharap pada yang menyinta. Aku mengasih pada yang merindu. Aku menyintai, mengasihi dan memohon hanya pada-Mu.

Ahad, 15 Mac 2009

BeRSAbaRLah

"Bersabarlah
kerana sabar itu indah dimana sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang
sebenar…harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keput
282506200_889428fec1usan
Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi di
sebaliknya.Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan , ketenangan, keteguhan jiwa
se
bagai lambang kepuasan dengan qadar Allah s.w.t ~di situ teruji keimanan dan
keikhlasan kita dalam meyakini janji-janji Allah… andai benar kita beriman
kepada Allah, kita pasti mampu bertahan…"

Isnin, 9 Mac 2009

Anda Sedang Bercouple Ya..?


Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. yang bercinta tetapi tetap selamat tidak Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi sampai berzina. manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaanmanusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka menghampiri perjalanan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duan akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.ya erkara

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon

dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu

kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya?.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.